MENUNGGU SYAITAN BERTAUBAT


Perjalanan kecil, pengorbanannya besar.
Langkahnya lemah, tenaganya kasar.
Penatnya lelah, jiwanya gusar.

Apa yang kau cari?
Wahai cicit Adam.
Dari tadi kau terdiam.

"Aku cari ALLAH"

Pergilah engkau mencari-Nya.
Barangsiapa tiada pernah berjumpa.
Apa yang kau harapkan?
Apa kau tak cukup makan?

"Aku cari ALLAH"

Nah, aku telah hadir depan engkau.
Apa kau perlu lagi?

"Aku cari ALLAH"

Apa kau tidak pernah merasa puas?
Hah??

Atas segala pemberianku...
Apa kau belum puas?
Hah??


Atas segala kemahuanmu...
Apa yang kau perlu lagi?

"Aku mahu kau bertaubat, wahai SYAITAN!!!"




Puisi SHUHAIMI ZULKEFLI
8 Julai 2011
1:30 am
Published with Blogger-droid v1.7.2