KENANGAN AL MAAD (2001 - 2002)

CATATAN KENANGAN AL MAAD ARAU 2001 - 2003

PART 1


al
assalamualaikum..


DAFTAR DIRI - JANUARI 2001


Betul AKU amat merindui al ma'had ni.. selalu datang dalam mimpi aku..


Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Jalan Besar, Arau Perlis (skg dikenali SMA)... dulu kerajaan negeri dibawah yayasan islam perlis (YIPs)..


Aku daftar sebagai pelajar dari Langkawi dgn kad matrik bernombor 1249 awal januari 2001. Dgn mak ayah aku dtg dari langkawi sewa sebuah kereta, dengar taklimat di dewan kecil al maad (kelas yg di buka panjang) then kami ke pekan arau membeli baldi, timba n memacam lah. seorang ustaz yg dah lama berkhidmat di sana adik beradik aku mengajar Khot yang bantu - ustaz zul. masa first sampai aku ditinggalkan di surau. "Ya Allah sekolah apa ni.. Surau buruk banyak sarang labah2.." ahaha aku takut skit masa tu.


Seminggu daftar kami dibawa ke kem batu pahat (sebelah taman ular) - minggu orientasi - bersama budak puteri.. haha.. dulu al maad ni mana da gurl. semua putera. Skali masuk first batch dlm sejarah ma'had, bebudak pu3 dlm 15 org.. maka terbitlah nama bebudak puteri yg meniti di bibir2 putera - spt mastura, siti ape ntah ek... apa lagi hahaha,, femes song masa ni nasyid "kasih kekasih" inteam kot..


Maka di kem orientasi aku kenal dgn pelbagai ragam dan org, dorg minta lukis wajah mak ayah, then malam last tgh2 pagi, kejut semua then dok meratib lukisan tu.. ahaha.. tetiba mintak koyakkan.. pergh, ini kerja abg zainurrin dgn abg rosman aris ah nie (form 5)


Kembara cari harta karun di kem nie, kami ramai2 masuk hutan ngan sungai kotor, then solat zohor atas tanah dgn basah dlm hutan. kami mandi sungai ramai-ramai di depan taman reptilia ular tu, bersebelahan padang driving lesen. bukan main best main terjun2, pelit2 sket, tetiba kawan aku - hafizuddin mohd tohir berdarah kepala .. haha menjahitlah kawan aku ni.


Then hari last nk gerak klua dari kem, kawan aku - zakuan abd somad - duit hilang. semua org kena wat spot check.. haha. muhaimin hj mohd zaki dengan perangai kecoh dia - dahla kecik! sekali group ngan aku masa tu - murtadha hj rafei - shahril rosli (dok bangga dgn teluk kumbaq dia) mohd dzar mohamed - rosli - kenangan makan nasik talam ramai2 berebut tengah2 hutan.







KELAS BERMULA - JANUARI 2010



Habis seminggu orientasi - kami kena pilih kelab & persatuan yg diminati - sebab masa tu cita-cita aku nak jadi bomba ~ so aku pilih kadet bomba & penyelamat (ahmad kamal yusoff - abg botak) jadi ketua. aku punya sepupu Hasif shaharuddin pon skali dlm kadet nie. selepas exam kecil utk penentuan kelas yg pertama. haha.. kelas aku tingkatan 1 NUH (kelas paling hujung - kami ni geng bodoh la katakan haha) guru kelas aku lelaki - hidung mancung2 puteh apa nama ntah. dalam kelas ni aku kenai kawan2 aku (yang skang ni ntah pi mana depa semua)







- hafizuddin md tohir (berdarah kepala td) jadik ketua kelas. kawan2 karib aku masa tu - syed mohd faris dr KL (anak buah syed hamid albar) - shahruzzaman - murshid - kami ni si kepala hewaq semua ni! haahaha.. banyak kisah sepanjang 1 NUH di al madrasah nie... huhu.. nanti







sampai di sini dulu. nanti aku sambung tentang persekolahan sepanjang 2001 - JALAN ITIK TENGAH REMBANG, KANTOI LUKIS KOMIK LUCAH, USTAZ HUSSIN MISAI KEJUT SUBUH, NASI GANJA, BURGER LAYAN, AKU JUAL FLOAT RM 0.50 SECAWAN, MENGENDAP PUTERI, dan lain-lain, kisah sejarahku yang tidak dapat dilupakan selamanya...hahaha















oleh -



~nakal tapi pendiam~



al_mukminun88@yahoo.com



SHUHAIMI ZULKEFLI



*aku tak dapat detailkan nanti lagi panjang
lawat blog aku - www.mashuhey.blogspot.com
8 DISEMBER 2010




CATATAN KENANGAN AL MAAD ARAU 2001 - 2003

PART 2


assalamualaikum..





SEPANJANG KELAS 2001 ~ 1 NUH

Ini aku nak sambung kisah AL MAAD 02600 JALAN BESAR ARAU nie...

haa..



TOGE MASAM

biasa~lah student baru.. semua nak kena buli! ahaha.. aku daftar masuk asrama BLOK B DORM D tingkat atas. So ketua bilik aku abang senior aaa form 5. Nama beliau Rosman Haris. Dalam bilik aku ada ramai bebudak tanah besaq ni.. Mafazi Syazwan Hussein (budak kokdiang), Muhaimin Hj Mohd Zaki, Ahmad Shahril Rosli, Abd Muner Abd Majid, Mohd Dzar Mohamad dan memacam lagi lah. Aku tulis nama nie sbb aku ingat dorang tapi dah 8 tahun terputus hubungan. Mana2 kenai aku tu add la oi.



Bebudak junior ni digelaq 'TOGE'. Ada ja senior nak mengorat! haha. Gila ah. Aku malas nak explain mybe sebab aku mangsa skali ~ kot? hahaha... So bebudak TOGE ni slalo diberi layanan baik punya. Nak bodek jadi adik angkat la katakan. Belanja makan lah - ber'date' lah - yang paling penting soalan "akak sehat akak?" hahaha.. Aku jadi senior pon xmacam tu. Ngahaha.



HOTGOD UST GHANI

Di Al Maad masa nie ada koperasi depan dewan makan, slalulah aku melantak HOTGOD ustaz ghani nie.. Bini beliau goreng tiap2 pagi. Satu RM1 tapi aku tak pernah jumpa kat tempat lain ni. Langkawi pon takdak juai! haha! besa la benda2 baru time tu dia peqak skit. Taruk sos cili skit ~ slurpp mak aih... depan tu ada kolam ikan. Tapi aku dok tengok berudu ja banyak!



ASRAMA BLOK A

Aaaaa Blok A nie seram sikitlah cerita dia. BLOK BEBUDAK SENIOR SEMUANYA. Ini laluan kami junior nak pi dewan makan. Blok ni katanya zaman jepun. Macam-macam hantu ada kat sini. Macam biasa tiap2 petang lepas layan main bola apa semua, kami bergerak pi dewan makan start buka jam 6 petang. Mesti lalu kolah ayaq bebudak senior mandi ni ha... Ni pon hantu jugak! Macam2 la mak aih..semua macam dugong mandi sungai... Pastu dugong nakai ngorat la budak2 junior ni.. Sapa lekat kena la tarik masuk blok dulu sesi interview kakak lagi. haha. Sebelah kolah ayaq tu ada tempat bakaq sampah. Asap hitam nya Ya Allah!



MAKAN SIPUT BABI

Kat blok A ni jugaklah kawan sebilik dengan aku kena belasah sebab mencuri duit bebudak lain. Dah tertuduh, pi mengaku plak habislah lunyai! Batang kayu meja jadi alat pukul dari bebudak senior dalam Blok A nie.. Paling teruk, lepas kena belasah, ada la plak sekoq siput babi ni melintas - diketuknya lumat oleh budak2 senior, then suruh beliau menjamahnya.. aduhh... bayangkan telur2 lemak manis siput baby itu.. Pagi tu jam 7.30 pagi, sahabat sekatil (katil dua tingkat-lah) aku nie balik dorm. Lebam-lebam. Belakang beliau penuh dengan tulisan marker pen warna biru - "Aku pencuri, jangan ikut perangai aku" sambil teqoyak - kami ni la tolong padamkan dengan ayaq liuq.



MUSOLLA AL MAAD

First aku mai dulu penuh dengan sawang, tapi dah cantik. Ramai bebudak. Kecik ja lagi surau ni. Abg2 senior jadi imam. Abes ja semayang, wirid ada tazkirah. Then Cikgu Ilyas sebagai ketua warden (besaq penampaq dia ni) bagi ucapan. Cewah! paling terkenang pabila semua nk bersurai - kami wajib asma'ul husna ramai2. then bersalam. Abs ja berebut la keluar cari kasut slipa hilang. haha. berebut plak bebudak manja kat pondok telefon tepi guard nak tepon mak.



Sapa mai semayang lewat, Ustaz Cin (Hussein) dengan misai garang beliau menanti tersenyum!



Surau ni panas dulu. Kipas lama. Pakai kain pelekat lari keluaq surau kibas2 alasan air-cond~ yang dok mengendap puteri solat macam biasa la mesti mau masbuk dibelakang. ahaha.



Karpet surau dulu warna hijau muda - penuh dengan pasiq, rambut, bulu, paling banyak kuku. adoi. mesti ada kotak kecik beroda berus (apa nama ntah) jadi ramai2 sambil dengaq tazkirah ala membebel kami ramai2 gosok ngn kotak nie nak buang habuk.



Dalam surau ni lah macam-macam yang jadi kat bebudak ma'had. sapa xda kenangan mustahil lah. Hahaha. kena kejaq dengan Cikgu Iliyas pakai paip getah ramai2 dari asrama masuk surau, Ustaz Cin tibai dgn rotan kecik dia. Macam2.



AKU TERJUN DARI TINGKAT 2 BLOK B

nak jadi ceta malam tu, aku slalu sembahyang dalam bilik (isyak) dengan si Mafazi Syazwan Hussin ni. Kat surau ada kuliah maghrib. Dok lepak punya sedap kat koridor asrama BLOK B tingkat atas ni, tetiba warden (cikgu ape ntah pada telinganya) bagi salam dalam gelap. Kami jawab balik, 5 saat kemudian pecah ah! abis lintang pukang. Aku dengan kain pelekat menggelabah lompat dari tingkat atas jatuh ke bawah - nasib tak mati. Tapi lebam kaki! esoknya, minta kat warden yang sama (dia xcam kami) haha. minta balik kampung - langkawi. Tunjuk kaki - beliau tanya - "kenapa kaki?" ~ jatuh masa nak pi bilik ayaq cikgu. tangga lincin. buat muka nak teqoyak skit. haha



FLOAT / DAGING BURGER / KENTANG / ROKOK SEBATANG

Aku ni jenis nak berniaga. Dok berkawan plak ngan budak penang kecik sorang ni nama Muhaimin Hj Mohd Zaki. Kami tiap kali minta keluaq pekan arau pi beli soft drink, ais mangkuk, dgn kentang balik menggoreng then jual sejenis minuman namanya FLOATS! adoyai. duit blanja sket. satu hari tengah menggoreng kentang di bilik koperasi (sebelah bilik KH - sebelah kantin) tetiba paip tong gas tercabut. Apa lagi tunggu - berterabuq koceh lari! api nya macam kepala ulaq lapaq penyapu! haha

ada paling femes - rokok coklat panjang brand Munchy's nie. huhuu sekupang sebatang, lima kupang 6 batang. cewa buat duit semua ni. skali tu cikgu iliyas marah aku ngn muhaimin dok menjuai kat asrama. esoknya kami goreng daging buger pi rumah dia bgi dia rasa sket... hahaha beliau cakap sedap - tapi kurang masak.. ceh.



KERETA API HIJAU SINGAPORE

hahahah ini lawak. Aku tak tau sebab apa benda nie berbekas. Sebelah asrama ada rel keretapi dekat ja dgn stesen Arau. Tiap petang ngn tengahari mesti ada keretapi warna hijau klasik melintas. dalam tu indah - cantik - gerabak last banyak pelancong mat soleh dengan mek solehah kat dalam tu amik gambaq. haha.



Ada la kawan2 aku yang gila nie lompat pagaq asrama pi naik keretapi bawa simen berhenti - then depa bergerak duduk ataih tu pi sampai alor star. adui gila gila lah..



NASI GANJA + BURGER LAYAN

last aku nak kesahkan ni bebudak nakai form 2 asyik lompat pagaq pi beli nasik ganja ngn burger layan ni.. haa sapa nak mai bagi duet bagi pesanan malam ni tengah2 org tidur baru sampai! adoi. skali aku try pesan. tunggu punya tunggu dah mamai baru sampai. sedap! meleleh siot burger dia..



nanti aku ceta lagi. dah zohor.

Pasni aku nak ceta sal JENAMA 'KENG-KENG' YANG DIBENCI DIPUJI, DEWAN MAKAN BERKASUT TANDAS BUANG KASUT, KISAH ORG KUAT YIPS BERKEPALA BOTAK, KISAH 1001 DUKA MALAM JUMAAT DEMONSTRASI dan macam2 lagi. pada yang xsuka xpela. aku saja hidup dalam kenangan. Mengimbau memori dengan korang dedulu - sebab aku tengah cari roh & jiwa pada skrip aku tgh buat ni.

Doakan pada kejayaan semua



salam www.mashuhey.blogspot.com



sokongan semua!