TANGIS SI TANAH...

TANGIS SI TANAH...


Dengan Nama ALLAH..
Yang Maha Pemurah..
Yang Maha Penyayang..
Yang Maha Pencipta...
KAU cipta..
Inilah kami dari tanah
Biarkan melata di tanah
Tanpa sedar hadirnya si tanah
Untuk lebur kembali ke tanah
KAU arah..
Kami ini atas tanah
Dahi rapat ke tanah
Lutut lemah tingkah
Untuk sujud ke Mekkah
Bersyukur dan berserah
Tapi...
YA ALLAH..
Sempatkah?
Kami si tanah
Yang bersalah!
Tanah MU ini dah marah!
Tanah MU ini dah merekah!
Tanah MU ini sudah bernanah!
Tanah MU ini mau turut berserah!
Pada zat suci MAHA TERINDAH
Seperti yang ENGKAU catat indah
Ah!
Tanah..
Tiba masa basah dengan darah
Tiba masa busuk dengan nanah
Tiba masa bingit dengan marah
Tiba masa banjir dengan muntah
Tiba masa bangun si tanah
Bangun si tanah bernama tanah
Berjalan di atas tanah berbongkah
Berbondong menuju ke arah
"Tanah Pertemuan dan Perhitungan"

 
Berbicara semua termasuk tangan

Terkunci rapat bibir tanpa senyuman



Jawab!
Jawablah jawapan
Pada setiap persoalan...

Yang si tanah catatkan
Ketika si tanah di lapangan
Bergelak tawa gurauan
Bersenda manja cubitan
Semua kini bukan lagi kenangan
Tetapi hanyalah balasan!
Yang kita semua nantikan...


Bilakah...?
Dimanakah...?
Bagaimanakah...?
Aku bersemadi di tanah..
Untuk bertemu MU YA ALLAH..
Kukuhkanlah..

Jiwa aku sebagai si tanah..
Agar tak mudah patah...
Kerana terlalu aku berserah
Hingga penuh jua dengan darah
Dosa sehitam pekat bernanah
Aku junjung di tanah
Ampunkan aku Ya ALLAH!Ampunkan aku Ya ALLAH!
Ampunkan aku Ya ALLAH!
Dan pohon ampun segala
Dosa pada semua si tanah
Kerna aku tahu jiwa ini juga gundah
Gulana dan resah
Pada dosa di tanah...
Yang telah KAMI gubah...
Ya ALLAH...
Dengarlah..
Rintihan aku ini si tanah


al_mukminun88@yahoo.com
30 JANUARI 2010
.