KISAH KUCING

Kisah kucing AKU citerakan. Antara banyak yang AKU simpan. Kisah berlaku suatu malam. AKU pulang keseorangan. Tiba di rumah kesepian. Hanya seekor mau berteman. AKU masuk, dia datang. Menguit manja di jalanan. Hingga ke pintu tangisan. AKU sedar habisnya makanan. AKU usap si kucing kawan. OLIN nama berikan. Seekor ini cukupku sayang.


OLIN menangis AKU tinggalkan kelaparan. Memandang AKU sayup tinggalan. Melintas jalan jauh ke depan. OLIN menurut seirama berjalan. Jauh tinggalkan. Rumah dan laman. AKU risau dengan bahaya jalan. AKU halau " ...kau pulang". Dia menunggu di bawah pohonan. Menunggu AKU pulang dengan makanan.


AKU tiba di persimpangan. Di sebuah tempat pembelian. Beli ikan dan makanan. Sebungkus untuk kucing kesayangan.


AKU melangkah pulang. TIBA di suatu jalan. Sebuah kereta buruk tersadai diam. Tapi menjerit menangis lantang. Seperti seekor anak kucing jalanan. Ah... seekor lagi perut turut mau makan. AKU kasian. Bukakan bungkusan. OLIN di rumah aku tangguhkan. AKU genggam makanan. Anak jalanan itu ku beri makan. Seekor sahaja, segenggam. AKU tau, kau mau makan. AKU melangkah pulang. OLIN tersenyum girang.


KINI, 3 hari berlalu. Kisah kucing jalanan telah AKU lupakan. Tiada lagi terngiang-ngiang. Suara kecil anak jalanan. Menangis merayu meminta makanan. Semua AKU lupakan. Hanya selepas mimpi semalam.


Pagi itu AKU bangun. Diam. Sunyi. Tiba-tiba suasana bising. OLIN bergaduh lagi. AKU menyampah mau cari. Bunyi bising marah OLIN. AKU keluar dar kamar. OLIN bersama seekor hingar. AH!
ANAK KUCING?


Seperti AKU pernah melihat. Anak kucing jalanan, yang AKU beri makan. " PELIK YA ALLAH... Bagaimana kau cari ini rumah..? AKU tinggalkan kau jauh terserah..."


ANAK kucing itu ku jaga. Kini berteman DUA. AKU, OLIN dan seekor lagi tidak bernama. Hias sunyi rumah indah. AKU akhirnya namakan ia. Seekor OLIN, seekor lagi CO'ET...


KINI seminggu mereka bersama. OLIN dan CO'ET bergaduh mesra. AKU luak masalah mereka. NAMUN sehari itu meruntun jiwa. AKU pulang dari takhta. SI CO'ET terkoyak perutnya. berdarah tidak bermaya. YA ALLAH! OLIN si kucing dewasa. APA kau buat si anak ini dah lemah??? AKU ubati perut berdarah. Baluti ikal minyak merah. Menangis tidak bersuara. Si anak jalanan AKU sayangkan.....


Kini, mereka aman... aku tipukan. Dalam ingatan... OLIN & CO'ET kesayangan......