TINTA TEMAN

Teman…
Entah…..
Dari mana harus ku mulakan
Sebuah kisah buatmu teman…
Bukan aku ingin membuka aibku sebagai insan
Malah bukan jua inginku mengaibkan dirimu teman
Mungkin mungkir aku tentang engkau kufikirkan
Biar seminit mahupun seribu zaman
Akanku tidak akan lupakan….
Segala kisah kasih abadi kita teman…

Teman…
Sejak perkenalan pertama kita bertemu
Aku dengan sengaja menerimamu
Bukanku terpaksa bukan jua keranamu

Tetapi…
Tuhan yang menitipkan hatiku bersatu
Menjadi sekeping hati yang dibaluti kasih sayangmu
Aku sebetulnya bahagia bersama cintamu

Teman….
Walau tanpa fitrah pertemuan
Kita tetap berpegang teguh pada ikatan
Ikatan cinta dan juga ikatan iman
Agar kita tidak terbabas disisi jalan

Teman…
Telah sepenggal purnama cinta kita
Dirimu ku anggapkan purnama dan aku bintangnya
Kerna banyaknya bintang yang lebih menyinar cahayanya
Dari malapnya diriku di atas kuasa-Nya
Aku tiada setanding mu wahai purnama
Niqabmu kini menyelimuti wajah yang ku cari
Nun jauh disana syurga para ukhrawi
Meninggalkan aku disini
Mengejar cinta duniawi
Hinggalah sepurnama kita berkekalan
Berkasih dan bermusafir di Jalan Tuhan

Namun…namun teman….
Tibanya dugaan teman…
Penuh penantian….
Tanpa kesabaran..
Hinggalah ianya terjadi
Sebuah percintaan yang hancur luluh di hati…
Dugaan-Nya kembali
Kita terpaksa lalui
….

Teman…
Sebak diriku memikirkan
Apa jua kisah kasih yang terpisah di tengah perjalanan
Aku telah tewas dalam membuat keputusan
Akhirnya teman….
Cinta kita berakhir di sebuah pertemuan
Bersaksikan batu, pasir dan juga deruan
Malam bintang dan juga bulan
Di sebuah pantai ciptaan tuhan
Aku sebak memikirkan
Juga disini tidak dapat kuluahkan
Maafkan…

Teman…
Malam itu dirimu seindah Hawa yang kuidam-idamkan
Bercahaya merah lemah selembut iman
Maafkan aku teman…
Maafkan aku…

Aku tetap tidak akan melafazkan
Perpisahan kita teman
Kerana hingga kini…
Hatiku tetap bersamamu teman…
Cuma…

Teman…Aku terpaksa menyakitimu
Ketika ku bergembira dimana hatimu kecewa
TEMAN…
Tidak mampu kuluahkan
Setiap perkara yang diaturkan tuhan
Aku mengharapkan kemaafan
Semoga diampunkan
Segala dosa tatacela yang ku tidak berkemampuan
Mengajar hatiku memilih teman
Biarkan… biar aku hanyut di tengah lautan

Teman…
Aku tidak mampu lagi meneruskan
Sebuah kisah yang aku janjikan
Kerana teman…
Kerana…tiada pengakhiran….

Teman…
Aku mendoakan kebahagiaanmu
Disamping bintang pilihanmu
Maafkan aku teman
Tinggalkanlah aku jauh biarrmu dihadapan
Bersamanya pilihan
Takkan lagi ku mengerling menganggumu teman…
Walau hatiku secebis masih bersamamu
Dan…

Walaupun hatimu sepenuhnya masih bersamaku
Akanku cuba sembunyikan…
Demi kebahagiaan…
Kebahagiaan sekeping hati insan
Yang mendambakan kasihmu teman….

Teman…
Maafkan aku!!!!
10 Januari 2009