FILEM PENDEK SHUHAIMI ZULKEFLI - 'AKU'

FILEM PENDEK AKU - " AKU "

ULASAN ANDA DI RUANGAN INI

KISAH DUKA DI SEBALIK 'AKU'
Assalamualaikum...Terutama sekali AKU ucapkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, AKU kali ini berjaya hingga tahap ni, tahap aku tak pernah terjangka. Mungkin penghasilan filem pendek ini menjadi kenangan buat aku selama-lamanya dan juga 'mereka' adik-adikku yang terlibat.

IDEA 'AKU' DIJANA LEBIH SETAHUN

Hampir setiap petang, aku dan kedua adikku bersepeda ke tepian pantai. Melihat panorama keindahan matahari terbenam pada ufuk barat di tanah Mahsuri ini.

Dan kami akan selalu mengambil ranting kayu, menyakar lakar pelbagai potret dan kalam di atas pasir lembut basah itu.

Matahari semakin tenggelam, adik-adik leka bermain garisan. Aku sendiri. Memandang jauh ke hadapan. Lihat SENJA, dan MALAM.. dan masa depanku....

Semuanya bermula ketika ku masih sekatik kaki. Dan kini kembali pada adik.

Aku menginjak remaja. Perkara sama masih berlaku - GARISAN di pantai.

Aku menyambung pengajian di dalam agama tuhan. Tak terhitung kalam dan kalimah tuhan di minda. Hingga satu ketika, garisan hidup menjelma di kepala.... Aku jana cerita.

Tahun 2007. Bermula kisah. Daripada minda mengalir ke pena.

Aku mula bercerita. Pada lukisan kaku dan juga tinta.

Sebuah potret ku abadikan tanda cinta.

IDEA FILEM PENDEK 'AKU' - bermula hanya pada sekeping gambar.

Gambar ini adalah AKU dan juga adik AKU - Shuhaimi & Asyraf di Pantai Chenang, Langkawi. Diambil ketika kami sama-sama menunggu SENJA sekitar penghujung 2005 - Bagi Aku indah. Dan pesanan buat adikku mula bergema dalam minda. Aku tintakan pada potret ini. Sebuah pesanan buat adik - dan juga semua ummat yang beriman... Kita hidup di dunia ini hanya kerana tuhan.
.Photobucket
Gambar ini 2005 - Idea dicatat tahun 2006. sepanjang 1 TAHUN itu aku kembangkan dan pengambaran dijalankan penghujung 2007 - aidilfitri - 4 syawal hingga 8 syawal. 


* AKU MEMBUAT PILIHAN - DUNIA @ AKHIRAT ?

AKU bekas lepasan SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) 2006. Hati hanya ada seni dan agama.

Aku dapat menyambung pelajaran ke AL AZHAR, MESIR (CAIRO) dan juga pilihan hati aku - AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA). Nyata Aku tersepit. DUNIA dan AKHIRAT. adakah pilihan aku tepat? kerna sekarang aku adalah pelajar FILEM & VIDEO di ASWARA... hmm.. Aku tersepit. Cuma. Bagiku. Cabang DAKWAH ada banyak. Ingin juga berbakti sebagai pendakwah layar.

BANYAK KISAH YANG AKU PERLU SIMPAN. BUKAN BUAT TATAPAN UMUM.
AKU SEDAR DIRI. NAMUN, DEMI DIA.

Perlukah aku suka?
Pada cerita
Pada kisahnya?
Bukan.
Aku manusia.
Ada jiwa.
Berotak.
Berontak.
Namun..Jauh
Aku dari SANA...

AKU PILIH DUNIA. MULANYA CERITA AKU...
Hampir beberapa purnama, SKRIP FILEM PENDEK AKU siap.
AKU pulang bersama aku didalam perhitungan
Kembali ke tanah Mahsuri
Aidilfitri. Jadi saksi.

PENGAMBARAN 4 HARI
Proses pengambaran memakan masa selama hampir 4 hari.
Pelbagai lokasi.
Pelakonnya hanyalah ADIK, AKU, ADIK, SEPUPU.
Dan tambahan kampung tambatan
Dugaannya?
Ya Allah.
Aku tidak kukuh kewangan.....
Peritnya?
Ya Allah.
Aku tidak bisa tintakan.....

BEHIND THE SCENE FILEM PENDEK 'AKU'
Photobucket
sebuah pelabuhan sunyi. seorang budak lelaki. dan kami
Photobucket

* hanya KAMI - ADIK, AKU, ADIK, SEPUPU dan sahabatku.

Photobucket
* sebuahpengambaran biasa. Yang bagiku memberi seribu makna

5
*hidup ini hanya satu garisan.........


HANYA BERMODALKAN RM4.00 UNTUK FILEM PENDEK 'AKU'
Ya.
Aku bukan jaguh kampung
Juga bukan suguh tampung
Tak ada.
Kosong poket
Buat demi hati.
Demi jiwa yang meronta-ronta
Binatang mati berjuta tahun dulu,
Aku belanjakan separuh dari itu.
Dua insan kerdil bermanda,
Aku belanjakan separuh lagi.
Ya,
Hanya jumlah itu.
Lihatlah sendiri.

SAKIT
Sakitnya Ya Allah...
Kaki ku luka karena karang !
Baik bait tercatat di kamar penulisan...
Aku garapkan.
Untuk tatapan engkau di dalam AKU
Lukanya luka lekit,
Luka sakit sikit,
Tapi pedih bila masin,
AKU tetap terjengket.
Teruskan kembara,
Hinggalah batunya...

SEGALA KEPEDIHAN TERBALAS JUA

FESTIVAL FILEM DAN VIDEO PELAJAR MALAYSIA (FFVPM KE-6)
VIDEO PENDEK TERBAIK
s
ak
Photobucket



ASTRO KIRANA SHORTFILM AWARDS 2009

3'rd BEST SHORT FILM AWARDS
BEST CINEMATOGRAPHY

5
32
b

LAPORAN KEMENANGAN "AKU" DIDALAM INTERNET :
FESTIVAL FILEM DAN VIDEO PELAJAR MALAYSIA (FFVPM KE-6)http://www.sinemamalaysia.com.my/ffvp.php?mod=result
SUHAILI MEGI - sahabatku SEK. KEB. KILIM 1996 - 2000
http://misslilyphoto.blogspot.com/2009/09/tahniah.html
It'S SiMpLy Me -
" ... BEST!!! tgk la betapa kreatifnya penulis dia dlm menyampaikan sesuatu mesej … i like it ! :). Enjoy everyOne !!! credit to: SHUHAIMI ZULKEFLI – AKU ... http://yanrahman.wordpress.com/
n