PADA PEMILIK PUISI

PADA PEMILIK PUISI
- buat si peminta



Indahnya
Bait berbaris
Berlagu lagi
Pada Pemilik puisi 
Yang Kekal Abadi

Kalam selembar sutera
Lemah gemalai
Lambai membuai jiwa

Merayu lagi 
Pada Pemilik Puisi 
Yang Suci sejati

Lemah
Hawa dan jiwa
Jauh membawa
Pesanan pendeta
Dari Pemilik Puisi
Yang Mencipta diri

Yang Berdiri
Yang Kekal Abadi
Yang tersembunyi
Bersemi puisi
Indah puitis

Puisi ini
Hanyalah menyedari
Sendiri ...
Carilah saudari
Dalam helaian
Pemberian Tuhan
Dari Pemilik Puisi
Cerita Cintanya berseni
Yang ... kini sepi

Tanpa pemuisi !

1.20 a.m | 19 Ogos 2009 | Puchong, Selangor