D I B E L A K A N G I B U

DI BELAKANG IBU

Ibu
Berjalan lagi aku
Melihat matahari itu
Dan bayang-bayang kayu
Di celahan batu

Ayah
Debu pasir putih
Dan tapak kaki bertatih
Menuntut aku bertasbih
Membawa aku jauh bersedih

Ibu
Bukan pada kisah nyata
Namun hati yang gelita
Gelap tak terkota
Segala janji sebelumnya berkata
Pada dua jiwa yang derita
Kerana aku mencipta
Sepohon kurma dalam kota
Yang dibiarkan kering tak bercinta

Ayah
Aku berdosa
Pada masa
Pada Yang Esa
Pada Yang Mencipta
Masa dan jiwa
Yang Mencipta
Dua jiwa
Yang menderita
Kerana aku
Anaknya..

Maafkan aku wahai ibu...
Maafkan aku wahai ayah...
Anakmu penuh dosa!